Sunday, October 08, 2006

IKANGORGOM

WANITA CIPTAAN ISTIMEWA

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Labels:

RAHSIA HIDUNG

1. Hidung Panjang-personaliti yg kukuh dan berpotensi mempengaruhi org lain, bercita-cita tinggi, sensitif, suka membantu, murah hati, bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dlm perniagaan dan seni.

2. Hidung Kecil-daya imaginasi yg tinggi dan berbakat dlm bidang seni, suka mengejar sesuatu yg baru dlm kehidupan, peramah, amat mudah menyesuaikan diri, sukar diramal, bersikap kebudak-budakan, tidak tetap pendirian, mudah dipengaruhi oleh org lain dan bersikap terburu-buru dlm membuat keputusan.

3. Hidung Tajam-MATERIALISTIK!! Tapi gemar mengumpul harta dan mencari wang BUKAN nya menumpang kekayaan org.

4. Hidung Paruh Burung-Pendirian yg teguh dan tidak mudah dipengaruhi oleh org lain, cukup tegas, tidak terburu-buru, berfikir sebelum bertindak, kreatif, imaginatif, bijak tetapi sukar mencari cinta sejati dlm kehidupan.

5. Hidung Lurus-Seorang yang setia dan adil dlm segala perkara, sanggup berkorban demi org lain, tidak mementingkan diri, mencari pasangan hidup yg sama seperti diri nya.

6.Hidung Kembang- Aktif dan cekap dalam melakukan apa jua, artistik, kreatif, senang menghulurkan bantuan,senang berasa kasihan dan tidak suka mengecewakan org.

7. Hidung Runcing-Lemah lembut dan amat berdiplomasi, licik, mementingkan diri sendiri, mudah terpengaruh dengan kata-kata org, mood susah diramalkan.

8. Hidung Pesek-Kuat berahsia, kurang keyakinan diri sedangkan mereka boleh, sangat peramah dan mesra dan membuatkan org berasa tenang disisi nya.

Labels:

Saturday, October 07, 2006

ikangorgom




SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun.Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !!Bertaburan kaca di lantai.Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula."Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama."Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi nya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor."Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah."Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.
MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibubapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti... jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!

Labels:

Thursday, October 05, 2006

IKANGORGOM

INDAHNYA WAJAH


Cuba anda perhati betul2 wajah dalam gambar kat atas tuh ader persamaan antara satu dengan yang lain ker tak..tapi apabila kita lihat betul wajah mereka sakan - akan serupa...fikir-fikirkanlah.....




IKANGORGOM



MENANGANI STRES DI TEMPAT KERJA

Stres perkerjaan berlaku apabila perkerja menghadapi tututan dan tekanan kerja yang tidak sepadan dengan pengetahuan dan kebolehan mereka

PUNCA2 STRES PERKERJAAN

  • Objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas.
  • Perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan.
  • Peranan yang berkonflik.
  • Tugas yang membosankan dan tidak bermakna.
  • Kerja yang terlalu banyak atau sedikit.
  • Waktu berkerja yang terlalu panjang dan tidak anjal.
  • Konflik dan kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan.
  • Konflik di antara tuntutan kerja dan rumah.

IKANGORGOM

KAWAN IKAN YANG DATANG KE PAGE IKAN KAT TEPI TUH IKAN SEDIAKAN MUSIC YANG BOLEH DI DOWNLOAD TAPI TAK BANYAK LAH SO KAWAN2 LEH KAN DAPATKA LAGU KAT SANA K...


HEHEHE RAYA TAK LAMA LAGI

Selamat Hari Raya !!!!!!!!!

Raya tak lama lagi menjelang tiba...bertemu semua sanak dan saudara...Tapi pose - pose jugak jangan tinggal pose bagi mereka yang dapat pose...makan biar bepada2...SELAMAT HARI RAYA UNTUK MEREKA YANG DATANG KE BLOG IKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN....

ANDA YANG KE
JOM BORAK
Create Free Polls